Program FutureReady Sungai Lui: Career Profiling Programme & Jom Tanya PERKESO
29 Julai 2026 | Aktiviti Terkini29 Julai 2026 – NADI Felda Sungai Lui dengan kerjasama PERKESO telah berjaya menganjurkan Program FutureReady Sungai Lui: Career Profiling Programme serta Jom Tanya PERKESO bagi memberi pendedahan kepada komuniti mengenai peluang pekerjaan dan perlindungan sosial. Sepanjang program berlangsung, pengunjung telah menerima pelbagai perkhidmatan termasuk pendaftaran Portal MYFutureJobs, semakan resume, kaunseling kerjaya, khidmat nasihat PERKESO, penerangan berkaitan faedah perlindungan sosial serta pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SPS) dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Turut diadakan adalah pendaftaran Program Lindung Kendiri 2026 yang menawarkan insentif caruman kepada individu yang layak. Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan perancangan kerjaya, peluang pekerjaan serta perlindungan sosial demi kesejahteraan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: